Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bd pergi, berjalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengotorkan kaki; berjalan; berangkat; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercemar duli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam satu majlis yang melibatkan sultan atau istana. saya mendengar pengacara majlis menyebut ' kesudian tuanku bercemar duli ke majlis ni' Soalannya, manakah yang betul bercemar duli atau mencemar duli dalam konteks ayat di atas?Bercemar duli banyak digunakan dalam teks sastera lama yang sama maknanya dengan mencemar duli, iaitu sudi datang (perginya) - digunakan pada sultan atau raja. Kedua-dua frasa tersebut betul dan yang lazim digunakan kini ialah mencemar duli.Tatabahasa14.05.2010

Kembali ke atas