Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ?1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim.  7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang).Tatabahasa06.12.2009
Apakah padanan bagi "weaning diet". Melalui semakan kami, perkataan "weaning" ialah "bercerai susu". Oleh itu, adakah "weaning diet" ialah "diet bercerai susu" dan apakah yang dimaksudkan.

Padanan yang sesuai bagi istilah weaning diet ialah makanan pelengkap iaitu makanan pepejal yang diperkenalkan kepada bayi berusia enam bulan yang masih menyusu untuk menambahkan nutrisi. Diet bercerai susu bermaksud bayi diperkenalkan makanan selain susu ibunya dengan pengambilan diet yang seimbang atau mengikut peraturan pemakanan yang ditetapkan.

Istilah18.07.2021
Saya ingin mendapatkan maklumat tentang panggilan rasmi bagi acara rasmi untuk wanita yang sudah bercerai hidup dan wanita yang sudah bercerai mati.Kata sapaan yang betul ialah puan. Istilah20.01.2010
Apakah gelaran hormat kepada seorang janda. Janda yang bercerai dengan suami, adakah boleh digelar CIK? Janda yang suaminya meninggal, adakah boleh digelar CIK atau PUAN? Terima Kasih.Panggilan hormat ialah puan.Tatabahasa07.07.2007
Apakah panggilan nama yang sesuai untuk ibu tunggal atau perempuan yang bercerai tetapi mempunyai anak? adakah cik atau puan ataupun ada panggilan khas?Sapaan yang digunakan ialah puan.Lain-lain17.11.2008
Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan cik dan puan. Sekiranya seorang wanita itu telah bercerai atau kematian suami, adakah panggilan bertukar menjadi cik atau masih kekal sebagai puan.Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik.Lain-lain13.06.2011
Assalamualaikum & salam sejahtera. Mohon pihak tuan merujuk soalan saya di lampiran. Terima kasih

1. Azura telah bercerai pada tahun 2019 dan dia telah berkahwin baharu pada tahun 2023.

2. Haikal telah berpindah ke rumah baharu pada bulan lepas.

3. Selamat Tahun Baharu Cina.

Perkataan "baharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas berfungsi sebagai kata adjektif. Walau bagaimanpun, ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" telah banyak digunakan dan diterima sebagai variasi.

Tatabahasa27.01.2025
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
Salam sejahtera, baik pelajar mahupun guru bahasa Melayu menggunakan tanda petik semasa mengungkapkan ungkapan / peribahasa, misalnya "Mereka juga harus memahami bahawa ‘bersatu teguh bercerai roboh’."; "Kita haruslah mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' untuk memastikan perpaduan rakyat terus berkekalan." dan lain-lain. Saya mengajukan kemusykilan ini kerana tudak dinyatakan dalam Gaya Dewan tentang penggunaan tanda petik untuk peribahasa. Lebih-lebih lagi, apabila perkara ini dipanjangkan kepada para pemeriksa, pelbagai jawapan yang diberikan; tiada satu jawapan yang mantap. Jawapan yang biasa diterima ialah bergantung pada budi bicara pemeriksa. Dengan ini, diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan yang dapat digunakan sebagai tunjuk ajar ketika mendidik anak-anak watan kita. Sekian. Salam hormat kay SevenUntuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64.Tatabahasa22.12.2016
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian?
  • perceraian

    1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
  • penceraian

    perihal (perbuatan) menceraikan.
  • Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut.

    Tatabahasa12.04.2008
    123

    Kembali ke atas