Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.ra.mah] | برچرامه

Definisi : memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.ra.mah] | برچرامه

Definisi : menyampaikan ceramah; berucap: Pensyarah itu ~ ttg bahasa pasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berceramah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Penggunaan kata perintah "tolong" "harap". Ayat manakah yang betul ? 1. Tolong berikan perhatian ketika penceramah sedang berceramah. ATAU 2. Harap berikan perhatian ketika penceramah sedang berceramah.Kedua-dua perkataan itu boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Istilah25.06.2014
Atlet berdiri di atas podium untuk menerima pingat daripada guru besar. Perkataan"podium"betulkah penggunaannya? Terima kasih atas jawapan.Perkataan "podium" boleh digunakan. Podium bermaksud pentas kecil tempat seseorang berdiri untuk berceramah, meminpin orkestra, dsb.Istilah18.05.2015
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk
Ayat ini betul: 
1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu.
2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 
3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada  para pekebun kecil.
4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 
5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 
6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 
7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 
8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 
9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut.
Tatabahasa21.08.2014
Salam, saya adalah pelajar tahun akhir di UIAM,kampus Gombak.. Saya belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris linguistik dan kesusateraan. saya amat berminat ingin mengetahui tentang skop pekerjaan di DBP. Jika diberi peluang, saya ingin mencari pengalaman bekerja di DBP setelah tamat belajar nanti..

Sdr,

Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan.

Untuk pengetahuan sdr, DBP bergerak berlandaskan enam fungsi utama. Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai berikut iaitu membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop membina dan mengembangkan bahasa Melayu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya membuat penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) sesebuah kamus, berceramah, menyediakan kursus bahasa, menerbitkan buku dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat pembaca dan sebagainya.

Dimaklumkan kami di DBP juga membuka peluang kepada siswazah dalam jurusan bahasa Inggeris seperti sdr untuk berkhidmat di DBP. Sdr boleh memohon jawatan dalam skim perkhidmatan Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 untuk dilantik sebagai Editor bagi buku berbahasa Inggeris, buku berbahasa Melayu, atau menjalankan aktiviti pembinaan/pengembangan bahasa atau sdr juga boleh memohon untuk berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41.

Lain-lain16.12.2009

Kembali ke atas