Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cer.mat] | برچرمت

Definisi : berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cer.mat] | برچرمت

Definisi : berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercermat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a. saya keliru dengan penggunaan perkataan "berhemah" dengan "berhemat". 1. Apa beza antara kedua-duanya. 2. Boleh beri contoh ayat yang sesuai ? b. ada khabar angin mengatakan kamus dewan edisi 4 tidak "valid". Betulkah ?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata berhemah membawa maksud seseorang yang  mempunyai budi pekerti yang mulia: Contoh ayat; dia jujur dan berhemah tinggi.

Manakala kata berhemat menggambarkan sikap seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan atau penyimpanan wangnya. 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan Kamus Dewan Edisi keempat tidak sah (valid) kurang tepat. Hal ini demikian, kerana  Kamus Dewan ini menjadi rujukan umum pengguna bahasa dan mendapat permintaan yang sungguh menggalakkan daripada pengguna bahasa. Untuk makluman pihak tuan, Kamus Dewan juga  diterbitkan dalam bentuk digital (cakera padat), iaitu Kamus Dewan Eja Pro. Walau bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap Kamus Dewan Edisi Keempat ini. DBP sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas, dan komen daripada pengguna terhadap produk DBP untuk tindakan penambahbaikan. 

Tatabahasa11.06.2009

Kembali ke atas