Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ci.ta.ci.ta] | برچيتا - چيتا

Definisi : 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ci.ta.ci.ta] | برچيتا - چيتا

Definisi : 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercita-cita


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Soalan: Betulkah penggunaan ' untuk menjadi ' dalam ayat di atas? Terangkan.Ayat tersebut betul.Tatabahasa05.06.2010
ASSALAMUALAIKUM W.B.T SAYA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS.JUSTERU SAYA MEMOHON KERJASAMA DBP UNTUK MENJADI GURU DALAM SAYA MENCAPAI CITA-CITA TERIMA KASIHTerlebih dahulu kami mengucapkan tahniah atas cita-cita murni tuan untuk menjadi penulis. DBP ada memberikan khimat bimbingan kepada penulis. Untuk keterangan lanjut sila hubugi En. Abd Karim A. Bakar, Bahagian Buku Umum, DBP (Telefon 21414905) atau Dr. Amran Joned (0122440569).Lain-lain19.11.2011
1. Adakah ayat ini salah? Saya bercita-cita menjadi peguam. 2. pada halaman 27 Buku Bacaan ATAU di halaman 27 Buku BacaanSoalan pertama saudara/ saudari ialah betul. 2. di halaman. Harap maklum.Tatabahasa05.06.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak.Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak".Tatabahasa21.08.2011
Saya seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah SMK. SAAS, saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis setelah tamat pengajian di tingkatan 6 Atas. Pertanyaan yang hendak saya ajukan ialah bagaimana saya hendak menuju untuk menjalani rancangan cita-cita itu.,?Untuk menjadi seorang penulis, pertama sekali saudara perlu kenal pasti bidang apa yang saudara hendak tulis misalnya novel, cerpen, puisi atau buku umum seperti buku motivasi. Kemudian saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Buku panduan tentang teknik penulisan juga banyak terdapat  di pasaran yang saudara boleh baca. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Dan akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat seni yang semula jadi. Lain-lain12.11.2010
Apakah lawan perkataan azam? Menurut Kamus Dewan  makna perkataan azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya). Oleh itu,   lawan kata azam ialah tidak berkeinginan, tidak bercita-cita tinggi, atau tidak mempunyai kemahuan terhadap sesuatu.Makna24.03.2009
bolehkah kata 'sejak kebelakangan ini' atau 'sejak belakangan ini' digunakan dalam ayat? atau 'sejak akhir-akhir ini' ? kata hubung berpasangan 'walaupun.... namun' boleh ke digunakan? cth: Walaupun dia miskin, namun dia bercita-cita tinggi. betulke ayat tersebut? tq

Saudara,

Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayat: Pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua: Mula-mula ia menolak, tetapi belakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya.

Namun bermaksud biarpun, meskipun, sungguhpun walaupun,tetapi. Oleh itu, ayat tersebut  betul kerana perkataan namun dalam ayat itu bermaksud tetapi.

Tatabahasa21.07.2010
Tuan/Puan, Mohon nasihat bagi ayat berikut: Inginkan RM5000? Tanya kami mengenai SA(nama produk). 1. Inginkan atau Ingin 2. mengenai - boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai Terima kasih.

Sdr faisal,

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. Ingin RM5000. ingin (kata kerja)Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita">bercita-cita, berangan-angan;,  Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan

2.  Kata sendi tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu atau mujarad. kata sendi tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut:

 (i) Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri.

 

Tatabahasa25.02.2009
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan: 1. saya terjumpa perkataan 'ambisius' dalam sebuah teks. saya cari makna 'ambisius' dalam kamus, tapi tiada. apakah makna 'ambisius' yang sebenarnya? adakah sama seperti ambitious? 2. jari-jemariku ATAU jari jemariku 3. asal-usulnya ATAU asal usulnya sekian, terima kasih.

1. Perkataan ambisius tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami perkataan ambisius ini diambil daripada perkataan bahasa Inggeris ambitious tetapi padanan dalam bahasa Melayunya ialah bercita-cita atau mempunyai cita-cita.

2. Ejaan yang betul ialah jari-jemariku dan asal usulnya.

Tatabahasa20.07.2011
1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul?1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan.

2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri.
Tatabahasa25.04.2013
12

Kembali ke atas