Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cu.ti] | برچوتي

Definisi : 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cu.ti] | برچوتي

Definisi : tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercuti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. saya nak tahu mana yg betul.. Bercuti di Kampung atau Bercuti Di KampungFrasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
yang mana satukah penggunaan tanda baca yang betul? "Bercuti di Kampung" "Bercuti Di Kampung"Yang betul ialah "Bercuti di Kampung".Lain-lain27.02.2010
Tajuk karangan antara 'Bercuti di Kampung' dan 'Bercuti Di Kampung'. Antara berikut,adakah huruf 'd' untuk perkataan 'di' itu perlu ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil?Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
manakah yang betul bagi tajuk sesebuah karangan ringkas 1. Bercuti Di Kampung / Bercuti DikampungFrasa /ejaan yang betul ialah Bercuti di Kampung.Tatabahasa24.02.2010
Tajuk Karangan. Tajuk 1 : "Bercuti Di Kampung" Tajuk 2 : "Bercuti di Kampung" Soalan : Antara tajuk karangan 1 dan 2, manakah yang betul?Berikan alasan.Bercuti di KampungTatabahasa25.02.2010
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor.Tatabahasa27.02.2013
Yang manakah ayat yang paling betul untuk menulis tajuk karangan? Terdapat sedikit kekeliruan berkenaan tentang penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi tajuk berikut: 'Bercuti Di Kampung' atau 'Bercuti di Kampung'. Diharap pihak DBP dapar membetulkan tajuk tersebut dan memberi penjelasan terhadap kekeliruan ini.Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil.Tatabahasa28.02.2010
Mengapakah - Saya bercuti ke Pulau Pinang (betul) dan bukannya - Saya bercuti di Pulau Pinang. Ayat yang mana betul. Mengapa? 1. Saya ingin memesan beberapa buah buku dari syarikat tuan. 2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan.1. Saya bercuti ke Pulau Pinang betul kerana kata sendi nama "ke" menunjukkan arah atau tempat yang dituju.
2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan.
Tatabahasa23.04.2012
Di antara ayat berikut, yang mana satu yang betul? 1. Saya pergi bercuti di Pulau Pinang. 2. Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang.Ayat yang betul ialah: Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang.Tatabahasa20.03.2012
Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _______ udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Manakah satu jawapan paling sesuai ? Boleh berikan penerangan tentang soalan ini. Terima kasih.

Mengikut Kamus kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama, iaitu menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dll). Untuk jawapan tersebut, sila rujuk Jabatan Pelajaran yang mengeluarkan soalan ini.

Tatabahasa08.12.2011
123

Kembali ke atas