Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.gang] | برداݢڠ

Definisi : 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdagang

Puisi
 

Anak saudagar pergi berdagang,
     Tumpang belayar perahu Melayu;
Kapal belayar muatan kurang,
     Kena gelombang tenggelam lalu.


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkaitan perkataan PEMERDAGANGAN yang banyak digunakan sekarang. Adakah betul dari segi tatabahasa? Begitu juga tentang perkataan KETEPEROLEHAN? Setelah disemak didalam kamus Dewan, saya tidak menjumpai perkataan ini. Sila maklumkan segera. Terima kasih.Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara).Lain-lain03.03.2010
salam tuan, kenapa dalam iklan tv selalu guna perkataan "pemerdagangan orang bukan perdagangan.Apakah beza antara kedua-dua perkataan tersebut .Mohon penjelasan.

Pemerdagangan ialah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Commercialization. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan Trade yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, atau perniagaan. Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul.

Tatabahasa07.11.2010
Selamat pagi, saya ingin mohon bantuan tentang istilah dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama ini dengan jelas. 1) hamba 2) tuan hamba Kalau boleh, saya ingin mendapat beberapa ayat contoh supaya mendapat gambaran yang lagi jelas. Sekian, terima kasih.Hamba bermaksud saya, iaitu kata ganti diri pertama, manakala tuan hamba ialah kata sastera lama yang bermaksud tuan, iaitu kata ganti nama diri kedua. Contohnya: Hamba mendapat khabar tuan hamba ingin berdagang ke Riau.Tatabahasa17.08.2011
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa13.12.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara).

Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini.

Makna15.06.2010
Assalamualaikum. Soalan saya ialah perkataan 'pemerdagangan' yang sekarang ini digunakan untuk memperkatakan isu pemerdagangan orang, adakah betul dari segi penggunaan imbuhan apitan 'peN-...-an'? Apakah kata dasar bagi kata terbitan tersebut? Adakah proses pengimbuhan ini melibatkan peraturan p,t,k,s? Misalnya jika imbuhan 'pen-' berjumpa dengan perkataan yang bermula dengan hurup 'p' misalnya 'pukul' jadi 'pemukul' . . .. Saya harap dapat penjelasan bagaimana boleh terbentuknya kata terbitan 'pemerdagangan' tersebut. Sekian.Kita lihat kaedah pembentukan kata yang betul, iaitu perkataan perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa05.03.2012

Kembali ke atas