Daie Blogger Ejaan tepat bagi perkataan di atas ialah apa? | Perkataan Daie Blogger tidak ada dalam sumber rujukan kami. Padanan blogger ialah penulis blog dan penulis blog menulis untuk pelbagai matlamat dan kecenderungan. Ada penulis blog yang lebih cenderung menulis pengalaman sendiri dan ramai juga yang menulis dengan niat berdakwah melalui medium tersebut. | Istilah | 22.10.2011 |
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.09.2020 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |