Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah? | Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, berikut diberikan makan seperti yang ditanya. berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); | Makna | 06.01.2010 |
Bolehkah kata sendi dan kata sendi berdampingan? Misalnya: hingga ke / hingga kepada. Sepanjang pengetahuan saya, kata sendi perlu disertakan kata nama atau frasa nama untuk membentuk frasa sendi. | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama yang lain. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih. | Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Salam sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD), kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk kata nama ataupun frasa nama yang merujuk kepada tempat. Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’ Kata sendi nama dan kata arah pula boleh berdampingan untuk menunjukkan hala ataupun jurusan. Persoalannya, adakah ‘di bawah naungan/perlindungan/pengawalan’ ataupun ‘di bawah Kementerian Pelajaran/Ordinan Kemajuan Tanah 1956’ merujuk kepada hala ataupun jurusan? Penjelasan Munsyi Dewan amat dihargai! Sekian. | Salam Sejahtera. Kata sendi "di" yang digunakan dalam frasa "di tingkatan lima", "disebut-sebut di bibir" dan "tidak lekang di bibir" merujuk tempat. Kata sendi nama dan kata nama arah "di bawah" dalam contoh frasa yang diberikan merujuk jurusan. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Bolehkah penggunaan kata sendi hingga ke digunakan. Adik menunggu ayah dari pagi hingga ke petang. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama hingga tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan/berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis dan berbentuk lewah. Sila gunakan salah satu sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284. | Tatabahasa | 03.12.2010 |
soalan ini merujuk kepada kepada kata sendi ke dan kepada. saya ingin bertanya penggunaan penyataan berikut adalah benar atau salah, berserta alasannya. i. hingga ke masa kini ii. hingga kepada masa kini iii. hingga kini | Ungkapan yang betul ialah hingga kini. Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain dan tidak boleh hadir secara berturutan. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. Penggunaan kata sendi nama kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |
betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi. | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama "hingga" tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah. 2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis. | Tatabahasa | 06.04.2012 |