Salam Tuan, Adakah frasa "berdandan tebal" wujud dalam bahasa Melayu. Apakah maksud yang didukung oleh frasa tersebut? Saya gagal mendapatkan makna frasa tersebut dalam Kamus Dewan edisi keempat. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera Berdandan bersinonim dengan maksud bersolek dan berhias. 'Berdandan tebal' wujud dalam frasa bahasa Melayu namun yang lazimnya digunakan oleh penutur bahasa Melayu ialah 'bersolek tebal' merujuk kepada individu yang mengenakan solekan secara tebal. | Makna | 08.11.2012 |
MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |