Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.sar] | برداسر

Definisi : 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.sar] | برداسر

Definisi : 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdasar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu! Adakah "berdasarkan prinsip Rukun Negara" dan "berdasar pada prinsip Rukun Negara" itu sama maksud? Atau kena menggunakan "berdasar tentang prinsip Rukun Negara"?Berdasarkan bermaksud berdasar pada, oleh itu ayat pertama dan ayat kedua betul.Tatabahasa01.05.2014
persamaan bahasa-bahasa di malaysia berdasar setiap dialek bgsa bgsa melayu,cina,indiaSoalan saudara adalah di luar khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan.Lain-lain31.07.2010
Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan imbuhan peng- adalah salah bagi perkataan libat. Berdasar carian soalan khidmat nasihat dinyatakan PELIBATAN adalah tepat dan PENGLIBATAN juga telah dientrikan sebagai betul berdasarkan keadaan semasa. Saya membuat carian di dalam kamus online dbp dan dinyatakan carian kata PELIBATAN tidak ditemui di dalam kamus terkini. Mohon pencerahan berkenaan penggunaan yang terkini. PELIBATAN atau PENGLIBATAN?

Apitan kata nama peN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Oleh itu, kata terbitan yang tepat bagi libat ialah pelibatan.

Walau bagaimanapun, kata terbitan penglibatan juga telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 121-122.

 

Tatabahasa18.07.2024
Saya ingin tahu perbezaan definasi perkataan persidangan, konvensyen dan seminar. Adakah perkataan ini digunakan berdasar jumlah saiz penyertaan ? Sekian, terima kasih.

 

 Encik Rosli terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

 

Konvensyen - Perjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu. (SEJ)

persidangan  - ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb);

séminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan

Makna18.11.2009
Saya Asnee Maming sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar.Saya ingin bertanya DBP perkataan "garuda" berdasar dari bahasa apa? dan apa maknanya? Terima kasihPerkataan ‘geroda’ ialah sejenis  burung dalam  sastera lama, burung rajawali besar, helang besar.Makna24.09.2014
Adakah ayat berikut gramatis? 1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. 2) Adakah frasa berdasarkan kajian = berdasar pada kajian? (Harap dapat penjelasan daripada pihak tuan. Terima kasih)

1) Rumah besar di atas bukit itu begitu cantik sekali. - ayat ini gramatis

2) Frasa yang betul ialah "berdasarkan kajian". 

Tatabahasa15.09.2011
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah cadangan terjemahan bagi istilah 'Base Mounted Place Robot'? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah Robot Setempat Berdasar atau Robot Setempat Berkaki.Istilah31.12.2015
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
Salam sejahtera, Saya berpendapat kata sendi nama yang saya kemukakan pada hari ini sepatutnya daripada kerana Jabatan Alam Sekitar merupakan sebuah organisasi. Dalam buku teks bahasa Melayu tahun tiga, kata sendi nama 'dari' digunakan untuk murid membina ayat berdasar gambar di mana nama orang diberi dan nama organisasi disertakan.Saya bersetuju dengan tuan, apabila sesuatu pernyataan itu merujuk sumber maka kata sendi nama yang tepat ialah dari. Walau bagaimanapun berkemungkinan dalam situasi tertentu ia boleh merujuk sumber atau tempat, maka penulis akan memilih berdasarkan pemberatan situasi.Tatabahasa20.09.2018
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
12

Kembali ke atas