mana satu yang paling betul dan paling tepat? 1. berdasarkan pernyataan informan... 2. berdasarkan penyataan informan... 3. berdasarkan kenyataan informan... | Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, ayat yang betul ialah "berdasarkan kenyataan informan...". | Lain-lain | 15.08.2022 |
Assalammualaikum kepada pihak DBP. Saya ingin bertanya. Antara "adalah berdasarkan" dengan "ialah berdasarkan", yang manakah yang paling tepat ? Bolehkah penggunaan "berdasarkan" (tanpa kata pemeri) digunakan di tengah ayat ? Cth : Keputusan pertandingan matematik itu ditentukan "berdasarkan" syarat-syarat pertandingan tersebut. (Atau perlu tambah kata pemeri). Jawapan anda amat saya hargai. | Kata kerja "berdasarkan" tidak perlu didahului kata pemeri. Contohnya, Siasatan penyelahgunaan tempat awam dilakukan oleh pihak penguat kuasa berdasarkan aduan pengadu. | Tatabahasa | 16.06.2022 |
Antara berikut ayat manakah betul? 1. Tulis jawapan berdasarkan petikan 2. Tuliskan jawapan berdasarkan petikan 1. Tulis ayat yang betul berdasarkan gambar. 2. Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar. Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat yang dinyatakan betul dari segi tatabahasanya ialah ayat "Tuliskan jawapan berdasarkan petikan" dan " Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar". Ayat yang dinyatakan merupakan ayat arahan. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan seperti tuliskan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 06.04.2018 |
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Kalau contoh di bawah, kita gunakan pada kan, Tok Mat? "Tolong tampalkan notis pemberitahuan ini pada pintu kelas kamu," pesan Cikgu Amir. atau boleh juga kita gunakan kata sendi nama di, "Tolong tampalkan notis pemberitahuan ini di hadapan pintu kelas kamu," pesan Cikgu Amir. | Kata sendi nama “pada” digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan kata dan tempat. Kata sendi nama "di" ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh yang demikian, penggunaan kata sendi nama yang tepat bagi ayat tersebut ialah “pada”. Contoh ayat: "Tolong tampalkan notis pemberitahuan ini pada pintu kelas kamu," pesan Cikgu Amir. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265, 266 dan 275. | Tatabahasa | 17.07.2024 |
Berdasarkan soalan di atas mengapakah ayat nombor IV dianggap salah ? Boleh saya tahu | Kata kerja meN-…-kan dengan sabtu objek. Binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan men-…-kan dengan satu objek adalah seperti yang berikut: Subjek + kata kerja+objek Ayat yang betul ialah “Datuk menceritakan pengalamannya yang hidup menderita semasa zaman pendudukan Jepun.”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 194. | Tatabahasa | 06.07.2024 |
Berdasarkan halaman 57 Pedoman Pembentukan Ejaan tentang penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya". Mohon pengesahan, terima kasih. | Penggunaan tanda sempang untuk merangkaikan apa-apa kata lain yang dieja dalam huruf besar dengan apa-apa bentuk kata yang dalam huruf kecil, atau sebaliknya. Penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya" adalah betul. | Tatabahasa | 27.01.2023 |
Berdasarkan konteks ayat,“berdepan dengan” dan “untuk”adalah salah atau betul?Saya ada mengelirukan penggunaan rangkai kata itu yang diberikan oleh mereka.Penggunaan yng betul “berdepan dengan” akan menjadikannya “berdepan pada” atau penggunaan yang lain ? Kedua-dua kumpulan tersebut sukar untuk kembali pulih selepas berdepan dengan kemelut kewangan. | Penggunaan "berdepan dengan" dalam contoh ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 15.08.2021 |
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. | (a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman. (b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu. (c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2021 |
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. | a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman. b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu. c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula. | Makna | 16.08.2021 |
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: 1. Dari segi tatabahasa 2. Tanda baca 3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat 4. Pemilihan perkataan yang tidak betul | Tatabahasa | 07.08.2021 |