Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.kat] | بردکت

Definisi : 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl ber­hubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, ber­campur: kesukaan itu selalu ~ dgn ke­dukaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.kat] | بردکت

Definisi : 1 berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat: Dia enggan ~ dgn saya. 2 bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdekat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua­-dua, sepasang-sepasang.

Contoh ayat:

Kasut itu disusun berpasangan.
Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan.

Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan.
Tatabahasa27.07.2020
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010

Kembali ke atas