Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.do.Öa] | بردعاء

Definisi : , mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.do.Öa] | بردعاء

Definisi : bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdoa

Puisi
 

Tinggi sungguh Gunung Tahan,
     Di Tanah Melayu gunung yang tinggi;
Berdoa kita ke hadrat Tuhan,
     Panjang umur berjumpa lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di akhir berdoa kita membaca perkataan " Wassah bihi Wassalam" ada yang baca " wassah bihi WASSALIM" yang mana belum Wassalam atau Wassalim.Kedua-duanya betul.Lain-lain20.07.2010
Salam 1 Malaysia, Saya ada satu soalan. Adakah perkataan 'Amen' boleh diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai 'Amin'? -Amen dalam konteks berdoa. Terima kasihTerjemahan perkataan Ámen' dalam bahasa Melayu ialah Ámin' dalam konteks berdoa.Makna08.03.2021
Mohon tunjuk ajar, 1) Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa sihat sejahtera atau 2) Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa sihat sejahtera? Terima kasih Tuan.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul, namun ayat ini menjadi lebih jelas sekiranya dimasukkan perkataan “kita” seperti contoh yang berikut:

1.   “Kita perlu sentiasa mendoakan agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.” dan  “Kita perlu sentiasa berdoa agar ibu dan bapa kita sihat sejahtera.”

 

Tatabahasa30.01.2024
Soalan pertama: Adakah perkataan 'Amen' yang diucapkan oleh penganut Kristian selepas berdoa boleh diterjemahkan kepada 'Amin'? Soalan kedua: Untuk frasa 'Ya tuhan' (selain Tuhan yg Esa) atau 'Ya Tuhan' (merujuk Allah), perlukah diletak tanda koma selepas 'Ya'? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, amen diterjemahkan kepada amin, iaitu mengaminkan atau menyetujui sesuatu. Tiada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang penggunaan kata amen/amin dalam konteks Kristian. 

2. Selepas kata seruan "Ya" tidak perlu tanda koma, contoh "Ya Allah!".

Makna09.09.2022
salam, mana satu penggunaan yang betul: menengadah tangan atau menadah tangan untuk berdoa?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kedua-dua perkataan "menadah" dan "menengadah" boleh digunakan dalam konteks yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah "menadah".

Tatabahasa10.12.2022
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019
bolehkah saya nak tanya soalan ? ”mencadangkan agar“ atau bercadang agar” atau kedua-duanya pun betul ? mendoakan agar atau berdoa agar?Pnggunaan agar dalam kedua-dua frasa tersebut adalah betul.Tatabahasa03.12.2013
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain?Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa.Tatabahasa16.07.2012
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan.Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. Tatabahasa08.04.2008
hai.. saya nak buat pencerahan... penggunaan perkataan tuanku, baginda, beta, datuk... adakah perlu kena huruf besar pada pangkal sekiranya berada di tengah ayat? contoh ayat ; "tetapi sampai bila beta akan berdoa kalau beta tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata" "ampun tuanku" Apa guna kekayaan buat baginda senadainya baginda tidak memiliki pewaris adakah perlu hurug besar pada pangkal kata ganti nama pada ayat tersebut?Tidak perlu menggunakan huruf besar jika perkataan tersebut berada di tengah ayat.Ejaan29.03.2017
12

Kembali ke atas