Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.do.la/.da.li/] | بردولق-داليق

Definisi : bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.do.la/.da.li/] | بردولق-داليق

Definisi : memberikan alasan yg berbeza-beza mengenai perkara yg sama: Dia lurus dan tidak pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdolak-dalik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hal ini demikian kerana apabila seseorang guru...Soalan 1 : Bolehkah kata 'kerana + apabila' dalam sesuatu ayat? Soalan 2 : 'kerana' dalam ayat tersebut kata keterangan atau kata hubung?Kerana dan apabila ialah kata hubung keterangan dan kita harus ingat kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan sudah pastilah penggunaannya pun tidak sama. Oleh itu, kata keterangan kerana dan apabila boleh hadir dalam satu ayat. Contoh ayat: "Tentulahlah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza" dan "Dia tetap berdolak-dalik apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang".Tatabahasa29.05.2011

Kembali ke atas