Salam sejahtera . Kalian berdua atau kamu berdua yang betul? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan "kalian berdua" dan "kamu berdua" adalah betul dari segi penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. | 1. "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin. 4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa. | Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan 2. setuju, bersefahaman, sepakat 3. sama benar, tidak berbeza 4. tepat, betul 5. setuju di hati, suka 6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul; a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa. | Tatabahasa | 02.09.2009 |
Ali dan Abu kawan baik, mereka berdua pelajar sekolah menengah. | Ayat tersebut gramatis. Tidak ada soalan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 07.06.2013 |
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYI | Frasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
duo bintang @ dua bintang -hiburan tapi berduet/ berdua | cadangan-serangkai bintang | Istilah | 30.12.2008 |
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin. | Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Ayat yang mana betul penggunaan pada perkataan merayakan? l Majlis merayakan pembinaan jambatan baharu itu telah ditangguhkan pada tahun hadapan. ll Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta. lll Pak Jais dan Mak Jenab serta keluarga baru sahaja merayakan hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua. lV Abang Azaman akan merayakan hari ulang tahun kelahirannya pada minggu hadapan di Hotel Seri Cenderawasih Tq kerana sudi membantu.... | Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Selamat petang En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'berkhalwat' dan 'mengarwahkan' digunakan pada yang bukan Islam? Terima kasih. | Melihat dari aspek makna, perkataan berkhalwat boleh digunakan untuk semua orang tetapi lazimnya perkataan tersebut digunakan dalam perundangan syariah yang khusus kepada orang Islam. Ada baiknya untuk bukan Islam perkataan berdua-duaan atau bersunyi-sunyian digunakan bagi menggantikan perkataan tersebut. Begitu juga dengan perkataan mengarwahkan yang lazimnya merujuk adat dalam kalangan orang Islam untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
Apakah maksud "bebudak"? | Istilah "bebudak" tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Istilah yang ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "berbudak" (istilah sastera lama) yang bermaksud bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak. | Istilah | 01.07.2009 |