Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini. | Lain-lain | 16.04.2011 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. | Istilah | 22.07.2010 |