Setelah mendapatkan nama wad dari/daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar. | Setelah mendapatkan nama wad daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Istilah melambai; adakah kegunaan ‘melambaikan tangannya sebelum beredar’ itu sesuai ? Adakah melambaikan di sini bermaksud ‘to wave goodbye’? Kerana melambai dlm DBP membawa erti ‘gerakan tangan turun naik spt memanggil’ bukan ke kiri dan ke kanan. | Salam sejahtera, Tuan, Sesuai penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.07.2019 |
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi. | 1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat. 2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga). 3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekeliling | Surat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling. | Makna | 22.10.2009 |
Salam tuan/puan, Saya hendak bertanya, perkataan 'baru' dikategorikan sebagai kata bantu atau kata adjektif waktu atau kedua-dua pun boleh? Ayat contoh: 1. Kami baru sahaja berjumpa dengannya. 2. Dia baru beredar lima belas minit yang lalu. Terima kasih. | Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Tetapi lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih. | Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu 1. = mengitar-ngitar berkisar(kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah. | Istilah | 17.03.2010 |