tuan sekadar pertanyaan dan pengesahan: untuk tulisan seperti dibawah 1. ALA-CARTE (12PM - 11PM) 2. AYAM & BURUNG PUYUH BEREMPAH mohon pengesahan tuan. terima kasih Jamaliah Baharudin | Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Tatabahasa | 26.12.2013 |
Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.' | Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais. | Ejaan | 01.05.2021 |
Salam Sejahtera, perkataan yang manakah menepati tatabahasa untuk dijadikan sebagai nama produk makanan segera. 1. Bihun Sup Ayam Rempah 2. Bihun Sup Ayam Berempah 3. Bihun Sup Rempah Perisa Ayam 4. Bihun Sup Rempah Berperisa Ayam Terima Kasih | Penggunaan yang betul dan sesuai ialah “Bihun Sup Ayam Rempah”. | Lain-lain | 17.05.2024 |
Hai, saya sedang mengumpulkan data untuk latihan ilmiah. Boleh saya tahu: 1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Hot and Spicy"? 2. Yang manakah perkataan tepat untuk "lapangsasar" atau "lapang sasar"? 3. Adakah ayat ini betul "Dilarang masuk tanpa pihak berkebenaran"? | - Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat ialah “Pedas dan Berempah”
- Perkataan yang betul ialah “lapang sasar”.
- Ayat yang betul ialah “Dilarang masuk tanpa kebenaran”.
| Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2022 |
saya ingin bertanya translation ENG ke BM untuk ayat berikut: 1. plant-based luncheon 2. spicy palnt-based luncheon 3. plant-based minced meat with bean paste terima kasih atas kesudian pihak Tuan untuk membantu. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan 2. spicy plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan berempah 3. plant-based minced meat with bean paste: daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang/ daging kisar organik dengan taucu Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 25.05.2021 |