Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Saya hendak bertanya ; 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. Yang manakah satu betul, di dalam atau di tengah ? Terima kasih | 1. Itik berenang di dalam kolam. atau 2. Itik berenang di tengah kolam. - kedua-duanya betul | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Tuan, Yang manakah betul? Mereka berenang di laut ATAU Mereka berenang di dalam laut . | Ayat yang betul ialah 'Mereka berenang di laut' - Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih. | 1. Adik berenang di dalam kolam renang. 2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. | Tatabahasa | 12.04.2011 |
Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. Ali menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Ayat yang manakah paling tepat? Terima kasih. | Kedua-duanya betul tetapi bentuk ayat yang lazim digunakan dalam penulisan ialah "Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan". | Tatabahasa | 16.04.2011 |
Ramli berenang (di dalam laut / di laut )? | Ramli berenang di laut. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Manakah satu yang betul ?"pertandingan renang" atau "pertandingan berenang" ? terima kasih... | Rangkai kata yang tepat ialah "pertandingan berenang". | Tatabahasa | 10.04.2009 |
Pertandingan renang atau pertandingan berenang? Terima kasih. | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. | Tatabahasa | 13.12.2012 |
Manakah rangkai kata yang betul , pertandingan berenang atau pertandingan renang ? Bolehkah membuat penerangan ? Terima kasih | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. Sebaliknya sekiranya kata itu merujuk kepada benda, contoh: panah - Pertandingan memanah. Sekiranya imbuhan tidak dibubuh kata atau frasa tersebut akan merujuk kepada benda (panah) tersebut. | Lain-lain | 21.04.2009 |