Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasih | Penggunaan yang tepat: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 05.04.2017 |
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian | Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 08.10.2009 |
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada “Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” yang bermaksud untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Sastera | 08.06.2023 |
Selamat tengah hari. ayat yang manakah di bawah ini betul? Atau salah kedua-duanya? 1. Mereka sering menunggang di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. 2. Mereka sering memotong di garisan berkembar dan selekoh berbahaya. | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada "Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian" bermaksud: Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Tatabahasa | 04.06.2023 |
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih. | 1. Adik berenang di dalam kolam renang. 2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
Bolehkah saya tahu apakah perbezaan antara perkataan renang dan berenang? Adakah kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama? Contohnya; belajar renang dan belajar berenang. Adalah kedua-dua frasa ini membawa makna yang sama? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “renang” bermaksud 1. berkaitan dengan berenang. 2. acara (sukan dan lain-lain), perlumbaan berenang, manakala “berenang” pula ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di dalam air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “belajar berenang”. | Makna | 12.08.2024 |
Pertandingan renang atau pertandingan berenang? Terima kasih. | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. | Tatabahasa | 13.12.2012 |
1) Mereka ke kolam renang untuk berenang. 2) Ali sedang berenang pada waktu petang. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih. | Kedua-dua ayat ini adalah betul. | Tatabahasa | 09.03.2016 |