Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ren.dam] | برندم

Definisi : 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (me­naruh dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ren.dam] | برندم

Definisi : 1 berada dlm air, lumpur dll: Setiap pagi dia mandi ~ di sungai. Kerbau suka ~ dlm lumpur. 2 terbenam atau tenggelam dlm air, lumpur dll: Tanah yg sudah dibajak itu dibiarkan ~ selama seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,

Puisi
 

Sapa kata padi tak bunting,
     Padi pulut berendam di air;
Sapa kata abang tak rungsing,
     Suap ke mulut mata berair.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Berendam di tempayan pekasam.

Bermaksud :

Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017

Kembali ke atas