Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.er.ti] | برارتي

Definisi : 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.er.ti] | برارتي

Definisi : 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bererti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna kesusasteraan terlalu luas. Bagaimana untuk kita menghuraikannya dengan lebih mendalamSecara umum, erti kesusasteraan dipecahkan seperti yang berikit: Su bererti indah, baik dan berfaedah dan Sastera bererti aksara atau buku, maka kesusasteraan bererti kumpulan buku yang indah, baik dan berfaedah. Untuk menghuraikan lebih mendalam erti kesusasteraan, saudara boleh menumpukan perhatian kepada pemikiran dalam sesebuah karya yang baik dan berfaedah. Manakala dari segi keindahan pula, saudara boleh melihat dari segi bahasa dan perasaan. Sekian, terima kasih. Lain-lain05.07.2009
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai.Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam.Lain-lain07.08.2007
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul.

Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas.

Tatabahasa24.04.2011
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
Rakan saya menyatakan “amin” bermakna aman, “aamin” bererti meminta perlindungan, “amiin” bermaksud jujur dan “aamiin” ya Allah, kabulkan doa kami. Dia mencadangkan agar kita menggunakan ejaan “aamiin” untuk maksud mengaminkan doa. Apakah pandangan DBP?Amin ialah perkataan bahasa Arab dan dieja sedemikian. Bahasa Melayu tidak memberikan penambahan vokal bagi perkataan yang disebut panjang, sebaliknya satu vokal melambangkan satu jenis sebutan.Ejaan07.03.2012
Salam tuan di talian, Yang manakah tajuk yang sesuai bagi tajuk buku di bawah? 1. Aktual Format Kertas UPSR atau 2. Kertas Aktual Format UPSR? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Kertas Aktual Format UPSR bererti kertas sebenar format UPSR; Kertas Format Aktual UPSR bererti kertas format sebenar UPSR.Tatabahasa22.09.2011
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju?Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan.Makna23.07.2007
Munurut "Kamus Dewan Edisi Keempat", "imlak" pada asalnya merupakan bahasa Arab yang bererti perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain. Namun demikian, hampir semua cikgu menggunakan perkataan "ejaan" untuk aktiviti itu. Yang manakah yang betul?Perkataan ejaan lebih umum dan biasa digunakan di peringkat persekolahan dan mudah difahami oleh pelajar. Pada peringkat yang lebih khusus atau teknikal bolehlah perkataan imlak diperkenalkan dan digunakan.  Lain-lain17.04.2008
Apakah beza antara apabila dan kerana.

Tuan,

Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu.

Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan  lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Istilah22.08.2011
Mohon cadangkan ke dalam Bahasa Malaysia "Intelligence Based Warfare" di mana "Intelligence" yang di maksudkan bukan bererti perisikan tetapi dari konsep "cognitive" atau kepintaran selain dari 'Peperangan Berasaskan Kepintaran'.

Encik Mohd Shahril,

Cadangan saya kita boleh juga gunakan peperangan kepintaran namun untuk lebih tepat sila rujuk buku  istilah angkatan tentera yang diusahakan bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Istilah Angkatan Tentera.

Istilah18.05.2010
123456

Kembali ke atas