Topi berfikir : Pembaca membayangkan apabila mereka memakai topi berfikir, mereka mesti boleh berfikir. Soalan saya, sekiranya dalam ayat, bagaimanakah cara penulisan 'topi berfikir' itu. a) Saya suka kaedah menggunakan enam 'topi berfikir'. b) Saya suka kaedah menggunakan enam topi berfikir. c) Saya suka kaedah menggunakan enam 'Topi Berfikir.' D) Saya suka kaedah menggunakan enam Topi berfikir. | Saya suka kaedah menggunakan enam "Topi Berfikir". | Ejaan | 10.10.2011 |
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih. | KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). | Ejaan | 21.09.2018 |
Salam, saya ingin semak cara yang tepat untuk menggunakan perkataan "kritis" dalam sesebuah ayat. Contoh ayat yang telah saya gunakan untuk video promo: 1) Berpemikiran Kritis? 2) Kemahiran berfikir kritis? 3) Kemahiran berfikir secara kritis? Adakah betul penggunaan seperti diatas? Terima Kasih. | Ketiga-tiga ayat yang digunakan betul. | Tatabahasa | 23.07.2020 |
belajar merupakan proses berfikir melalui operasi minda kepada maklumat. apakah kesalahan tatabahasa bgi ayat ini? berfikir ditukar kepada pemikiran? | Ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika? | Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). | Makna | 05.04.2011 |
Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, Hamdan | Data kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
bolehkah kata bantu aspek "belum" dan "pernah" digunakan serentak dalam ayat: CTH: Saya belum pernah ke sini. | Puan Norliza, Ayat di atas tidak ada salahnya. Kita seharusnya berfikir dalam bahasa Melayu sebelum bertutur, dan begitu juga sebaliknya jika kita bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan kita berfikir (menterjemahnya) dalam bahasa Inggeris maka ayat yang akan lahir tentu lebih cenderong mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris | Tatabahasa | 16.04.2010 |