akum, saya ingin menerbitkan buku kanak-kanak bergambar untuk dijual kepada awam. apakah prosedur yang harus saya ikuti? | Buku itu perlulah ditulis dan dilengkapkan dengan gambar atau ilustrasinya. Selepas itu, terbitkan melalui mana-mana penerbit yang dipilih. Selepas terbit, bolehlah dijual. | Lain-lain | 01.12.2007 |
saya sangat berminat untuk menyertai pertandingan menulis cerita bergambar kanak-kanak. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang? terima kasih. | Salam Sejahtera sdri, Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana berminat untuk menyertai peraduan ini. Borang peraduan boleh didapati melalui facebook.com/DBPMalaysia. Brosur peraduan juga akan disiarkan melalui semua majalah DBP keluaran bulan Disember 2012. Sekian, Selamat Mencuba. Rosnah Awang Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja | Lain-lain | 25.11.2012 |
Salam, Saya merupakan pelajar PHD dan ingin memperolehi senarai buku bergambar kanak-kanak dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di Malaysia. Ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan oleh saya bagi meningkatkan penguasaan membaca murid di Malaysia. Terima Kasih atas bantuan yang diberikan. | Saudara boleh mendapatkannya dengan menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau merujuk buku-buku yang berkenaan di IPTA/IPTS yang mempunyai jurusan yang berkenaan. | Lain-lain | 03.12.2011 |
Assalamualaikum, Saya ingin merujuk kepada pihak DBP kerana kami akan menerbitkan sebuah kamus bergambar untuk pelajar berumur 2 hingga 4 tahun. Dengan itu, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan kata imbuhan dalam kata kerja yang betul dan bersesuaian dengan peringkat usia mereka. Sebagai contoh :- Kategori 'KATA KERJA': 1) hold - pegang (*atau harus ditambah kata imbuhan 'me-' memegang) 2) listen - dengar (*atau harus ditambah kata imbuhan 'men-' mendengar) 3) smile - senyum (*atau harus ditambah kata imbuhan 'ter-' tersenyum) #sekian terima kasih. | 1. Kata pegang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu buku rujukan hendaklah menggunakan kata yang betul, iaitu memegang. 2. Begitu juga dengan perkataan kedua dan ketiga, iaitu mendengar dan tersenyum.
| Tatabahasa | 03.12.2012 |
salam. Saya ingin bertanya tentang kamus BM-BM untuk murid tahap 1 (Tahun 1,2,&3) dan juga kamus BM-Bm untuk tahap 2 (Tahun 4,5,& 6) sekolah rendah. | DBP ada menerbitkan Kamus KBSR Dewan Bergambar untuk memenuhi keperluan murid Darjah 4,5 dan 6. Namun demikian, kamus ini juga dapat memberi bantuan kepada pengguna lain yang memerlukan kamus seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.05.2010 |
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong | 1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul. 2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera. | Tatabahasa | 14.04.2012 |
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuan | Secara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'. | Lain-lain | 17.07.2007 |
ciri-ciri karya realisme dalam sastera kanak-kanak | realisme merupakan salah satu gaya seni atau sastera yang di dalamnya benda-benda, perkara atau peristiwa, terutamanya yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan secara sebenarnya seperti yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan. Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada ciri-ciri realisme ini ada atau tidak dalam sastera kanak-kanak, saudara mestilah membaca banyak buku kanak-kanak, kerana sastera kanak-kanak itu sendiri terdiri daripada banyak bentuk, sama ada dalam buku bergambar, buku berilustrasi, dan sebagainya. Peringkatnya umur kanak-kanak itu juga diambil kira, sama ada peringkat awal, seperti prasekolah atau sebagainya. | Lain-lain | 18.09.2008 |
Saya bimbang mengenai signboard2 jalan yang dipasang oleh pihak PBT tanpa membuat semakan dengan pihak DBP terlebih dahulu sebelum dipasang oleh pihak kontraktor. Siapa harus bertanggungjawab jika ada sigboard yang dipasang tidak mengikut bahasa atau perkataan yg tepat. Senarai nama jalan seperti berikut:- 1. Di Lebuhraya Persekutuan KL ke Kelang saya melihat banyak signboard2 berbeza. Contoh. Signboard > J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar. 2. Di Jalan Maharajela ke Petaling Jaya saya melihat Signboard > Jln. Tun Sambanthan > Jln. Tun Sambhantan. 3. Dari Jalan Pudu ke Jalan Cheras > Signboard > Jln. Changkat Thamby Dollah > Jln. Changkat Tambhy > Jln. Changkat Tambi Dollah. 4. Dari bulatan Kg. Pandan ke Time Square Signboard > Ke Jalan Sultan Ismail > Ke Jalan Sultan Ismali. 6. Yang lebih menyedihkan signboard di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Semua signboard diseluruh sekitar kawasan ini ditulis dengan Jln T.A. Rahman. Pada pandangan saya nama jalan TAR adalah nama istimewa sempena nama YDP Agong Pertama. Jadi kenapa pihak PBT (DBKL) tidak mengambil perhatian/peka keatas perkara ini dan pihak kontaraktor pulak mengambil kerja cepat sambil lewa menyiapkan tender2 signborad. Saya syorkan Jln. T.A Rahman di perbetulkan semula ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (ayat penuh). Sebagai orangawam saya amat malu dan kesal atas perkara ini. Sebagai bukti saya akan poskan kepada pihak tuan iaitu aduan bergambar untuk tindakan yang segera. Sekian. Tajuddin Hassan | Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 18.11.2010 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |