Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya. | Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3) menitikberatkan kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan. Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4. Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru. Perincian tentang definisi/konsep diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang. 2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar). | Ejaan | 24.12.2011 |
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian. | Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul? | Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
MULTIPLE PERSONALITY DISORDER | KECELARUAN PERSONALITI BERGANDA | Istilah | 07.04.2011 |
Dalam keadaan mana boleh digunakan perkataan berganda seperti negera-negara, mereka-mereak dan sebagainya | Encik Ahmad Kamil, Perkataan negara-negara digunakan dalam konteks penggandaan atau pengulangan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya kata negara tidak lagi digandakan atau diulang. Bagi kata mereka, kata ini tidak digandakan atau diulang memandangkan bahawa kata ini sudah menunjukkan banyak atau jamak. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih. | Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi Karim | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos. | Tatabahasa | 01.04.2008 |
Yang mana betul: 1) sebarang buku atau 2) sebarang buku-buku? Bolehkah kita gunakan kata berganda selepas perkataan "sebarang"? Terima kasih. | Sebarang buku sahaja memadai, tidak perlu digandakan. Sebarang di sini bermaksud "mana-mana" atau dalam bahasa Inggeris "any". | Tatabahasa | 07.01.2010 |
Apakah yang salah dalam ayat "Pohon-pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka"? Adakah dua kata berganda dibenarkan dalam satu ayat? | Ayat yang gramatis ialah Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka kerana belaka bermaksud semuanya (semua pokok). | Tatabahasa | 24.02.2012 |