1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya. | 1) Perang Badar ialah kata nama khas. 2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. 3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Yang mana betul 1. Acara lari ganti ganti atau acara lari berganti ganti 2.Pertandingan bercerita atau pertandingan cerita Tq | 1. Acara lari berganti-ganti 2. Pertandingan Bercerita | Tatabahasa | 17.07.2013 |
adakah tanda = dalam kamus dewan bermaksud kedua-dua perkataan itu boleh salin berganti? misalnya campur=bercampur, adakah ini bermaksud perkataan campur dan bercampur boleh salin berganti dalam semua jenis ayat? | Tanda persamaan (=) dalam Kamus Dewan bermaksud atau, sama dengan. Sila rujuk kamus Dewan ms x1ix. | Lain-lain | 31.03.2011 |
Apakah beza makna (jika ada) antara silih berganti dengan bersilih ganti? Atau adakah salah satu sahaja yang gramatis? [Ruang Khidmat nasihat digunakan secara yakin oleh pengguna seperti saya. Malangnya, terdapat percanggahan jawapan yang amat ketara antara jawapan-jawapan yang diberikan. Tidak tekal.] [Kedua, saya bertanya melalui Khidmat Nasihat ini dengan harapan dimuatnaikkan ke dalam ruang tersebut kerana belum ada "posting"/pertanyaan sedemikian. Hal ini dapat membantu pengguna lain jika dicari menerusi ruang itu kelak.] Sekian, terima kasih. | Kata 'silih berganti' dan 'bersilih ganti' mempunyai makna yang sama, iaitu bergilir-gilir atau berganti-ganti. Kedua-dua kata tersebut betul dan boleh digunakan sebagai pilihan. Untuk makluman saudara, kami berusaha untuk memantapkan jawapan dalam Arkib Khidmat Nasihat Bahasa. Oleh kerana jumlah soalan yang agak besar (mulai September 2006 hingga kini) kami memerlukan masa untuk memurnikannya. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti digantikan . apakah kesalahkan pada digantikan? TQ, tuan. | Perkataan 'digantikan' perlu ditukar kepada 'berganti'. Ayat yang betul ialah 'Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti berganti'. Sekiranya digantikan digunakan, ayat tersebut perlu ada sambungannya, contohnya 'digantikan oleh orang lain'. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan. | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "BATON" yang digunakan dalam acara lumba berganti-ganti. Terima kasih. | Perkataan baton diterima dalam bahasa Melayu. | Makna | 19.07.2013 |
apakah makna sekali air bah ; sekali pantai berubah? | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah. | Makna | 05.02.2008 |
makna kata baidalan; sekali air bah; sekali pantai berubah | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. | Makna | 05.02.2008 |