Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bergantung pada hakim atau bergantung kepada hakim? mengapakah kamus dewan menjelaskan bergantung pada hakim ialah jawapan betul? Bukankah pada merujuk tempat? Jawapan yang sepatutnya ialah bergantung kepada hakim, jika diteliti aspek penggunaan kepada. Bagaimanakah pula dengan bergantung pada usaha atau bergantung kepada usaha?

Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul bergantung pada keputusan hakim/bergantung pada usaha.   

Tatabahasa21.07.2008
Merujuk soalan 111 yang telah saya kemukakan tentang ' bergantung pada' dan 'bergantung kepada ' . Saya faham dan bersetuju dengan pendapat tuan termasuklah contoh yang tuan berikan iaitu'... bergantung pada belas kasihan'. Saya mengemukakan soalan ini adalah kerana menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya ' Guru dan Bahasa Melayu' penerbit Media Printext(M) Sn. Bhd KL, m/s 178 menyatakan bahawa ' bergantung kepada' dikatakan salah, sebaliknya' bergantung pada' dikatakan betul. Jadi saya ingin akan kepastian daripada tuan sebagai pihak yang berwibawa kerana ada kalanya saya terlepas pandangan tentang sesuatu perubahan itu. Tujuannya hanya satu iaitu supaya saya dapat menyampaikan ilmu yang betul kepada khalayak . Jadi, adakah masih ada keadaan tertentu yang membolehkan kita menggunakan ' bergantung kepada' ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah bergantung pada, bukan bergantung kepada. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa06.06.2010
Selamat sejahtera: Antara yang berikut, yang manakah betul ? ...bergantung kepada... ...bergantung pada... Terima kasih. Tan

Yang betulnya ialah bergantung pada. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga.

Tatabahasa19.08.2010
Tuan, di sini akan saya perincikan soalan saya tentang penggunaan kata sendi nama "kepada" dan "pada" ini. Ayatnya: Abang selalu bergantung pada ibu dalam hal kewangan. Abang selalu bergantung kepada ibu dalam hal kewangan. "bergantung PADA ibu" atau "bergantung KEPADA ibu" harus digunakan?Dalam konteks makna berharap pada pertolongan orang lain, frasa yang diterima ialah "bergantung pada", seperti bergantung pada belas ihsan keluarganya atau bergantung pada belas ihsan ibunya dalam hal kewangan.Tatabahasa05.05.2014
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah: 1. Seluar yang _____________________ di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Lim. A) bergantung-gantungan B) bergantungan C) bergantung D) bergantung-gantung (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bergantung ialah berpegang atau bersangkut pada sesuatu dengan tidak berjejak pada bumi, lantai dan sebagainya. Maka jawapan yang betul ialah CTatabahasa28.11.2016
Salam, Pertanyaan saya kali ini pula ialah antara frasa"bergantung pada" dan "bergantung kepada" mana satu yang betul atau kedua-dua betul bergantung kepada penyambut frasa tersebut? sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah bergantung pada.Tatabahasa16.02.2012
Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu". Sila perincikan bahagian yang kurang difahami oleh tuan. Perlu diingat, frasa yang betul ialah "bergantung pada" dan kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran.Tatabahasa04.05.2014
Sila jelaskan perbezaan antara "bergantung pada" dan "bergantung kepada". Terima kasihFrasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. Tatabahasa25.08.2011
knp ayat 'bergantung kepada guru.' salah? bergantung pada usaha. betul ke? boleh jelaskan tq

Saudara Yu,

Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa28.07.2009
Saya hendak tanya soalan berkenaan ayat bergantung pada komunikasi atau bergantung kepada komunikasi? Dalam buku tatabahasa dewan edisi ketiga muka surat 272 menyatakan kata sendi nama kepada terletak di hadapan Kata nama untuk menunjukkan sasaran yang merujuk manusia,haiwan,unsur murajad,pecahan dan perubahan keadaan..Apakah komunikasi termasuk dalam unsur mujarad?Frasa yang betul ialah "bergantung pada" kerana kata sendi nama pada digunakan sandaran kepada bergantung, sama seperti frasa tertakluk pada.Tatabahasa14.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas