Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung.gan.tung] | برݢنتوڠ - ݢنتوڠ

Definisi : bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung-gantung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah: 1. Seluar yang _____________________ di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Lim. A) bergantung-gantungan B) bergantungan C) bergantung D) bergantung-gantung (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bergantung ialah berpegang atau bersangkut pada sesuatu dengan tidak berjejak pada bumi, lantai dan sebagainya. Maka jawapan yang betul ialah CTatabahasa28.11.2016
salam. saya sedikit keliru.ayat yang manakah yang betul. 1- hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. 2- hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. andaian saya, ayat 2 lebih tepat kerana kepada digunakan untuk sasaran manakala ke atas menunjukkan kata arah. namun, kebanyakan berita, artikel dan naskhah2 ilmiah menunjukkan ayat 1 yang betul.

Puan Rohaizah,

Kedua-dua penggunaan kata sendi nama dalam kedua-dua ayat itu  betul kerana  merujuk sasaran, iaitu manusia. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada pengguna bahasa dan kebiasaan penggunaannya.

Tatabahasa24.02.2010
Assalamualaikum,sy nk buat banner&bunting utk tempat sy berniaga.Sy nk mohon jasa baik pihak tuan utk periksa dan nak tahu sop utk gantung dan paparkan banner dan bunting di tepi jalanraya bagi tujuan mempromosikan tempat berniaga saya di Food Camp Puncak Alam.

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

 

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

 

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah berstatus (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja.

Lain-lain16.10.2025
Boleh saya tahu apakah yang di maksudkan dengan "pegantungan"? Adakah ayat ini betul sekiranya; - Dadah membawa pegantungan fizikal dan psikologi ? Jika betul... Boleh tolong huraikan atau terangkan ayat tersebut? Terima kasihEjaan yang betul ialah pergantungan  yang bermaksud  1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara. Ayat yang betul ialah Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas