Adakah ungkapan "bergaul dengan" sama dengan "menggauli"? | Menggauli tidak sama maksudnya dengan bergaul dengan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Menggauli | Makna | 03.05.2013 |
betulkah ayat melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun peringkat bak peribahasa Melayu mengatakan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi | Cadangan ayat yang betul ialah: Melly seorang yang bersikap rendah diri walaupun dia anak orang kaya dan dia suka bergaul dengan orang lain tanpa mengira darjat ataupun pangkat bak peribahasa Melayu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. | Tatabahasa | 11.09.2020 |
Apakah takrifan yang tepat bagi istilah Pergaulan Bebas | Pergaulan bebas ialah hal atau perbuatan bergaul, biasanya antara lelaki dengan perempuan yang menyimpang daripada norma agama, budaya dan sosial sesuatu masyarakat dan boleh membawa kepada kesan buruk sekiranya tidak dibendung. | Makna | 14.12.2024 |
perkataan sama erti bagi "merajuk" | Makna bagi merajuk ialah menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Makna | 01.11.2007 |
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. | Ayat 2 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Manakala kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain” | Tatabahasa | 24.02.2009 |
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ? | 1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air. 2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan. 3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia). | Tatabahasa | 04.05.2011 |
apakah maksud penting diri.sertakan contoh-contohnya.tkasih | Penting diri atau mementingkan diri bermaksud memberatkan atau mengutamakan diri dalam sesuatu konteks tertentu. Misalnya, dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat individu yang tidak mahu bergaul dengan orang lain demi mencapai matlamat yang disasarkannya. | Makna | 20.01.2008 |
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh itu | Mengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini. | Makna | 30.07.2007 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Abang memang (mentah) dalam pelajarannya. (b) Kami (rendah) kawasan semak itu untuk mendaki Bukit Jong. (c) Pak Leman sedang (tajam) mata sabit itu. (d) Usahlah kamu (tajam) akan peristiwa sedih itu lagi. (e) Dia masih (keras) tidak mahu bertolak ansur dengan kawannya. (f) Oleh sebab badannya terlampau (lurus), dia enggan bergaul dengan orang. (g) Wajah budak perempuan itu sangat (tawar). (h) (Tawar) kerja di kilang kasut itu diterima oleh mereka. (i) Nasi lemak Mak Limah begitu (jalan) dijual. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210. | Lain-lain | 27.11.2007 |