Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.yu.tan] | برݢايوتن

Definisi : bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.yu.tan] | برݢايوتن

Definisi : bergayut banyak-banyak: Belon ~ di dlm bilik yg dihias indah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergayutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
monyet-monyet yang BERGAYUTAN..apakah istilah yang sesuai bagi kelawar?Frasa yang betul ialah monyet bergayutan dan kelawar bergayutan.Makna06.05.2012
Assalamualaikum. Maaf saya ingin bertanya tentang perbezaan perkataan bergayut dan bergayutan? Contoh ayat, Helmi sedang (bergayut, bergayutan) pada palang dengan gembira. Adakah betul jawapannya bergayut?Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah bergayut. Sila layari bergayutan">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bergayutan untuk makna sesuatu perkataan.Tatabahasa28.05.2020
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu.Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul.Tatabahasa19.08.2009
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutanFrasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan.Tatabahasa06.09.2012
Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih.

Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.

Tatabahasa05.08.2011
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012

Kembali ke atas