Apakah makna "penelantaran" dan "sanggit" | Tiada perkataan penelantaran dalam bahasa Melayu. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Antara makna sanggit ialah bergeser atau bergesel (kereta dgn kereta, dahan dgn dahan, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 27.08.2009 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih. | 1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang dengan bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Dalam ilmu fonetik dan fonologi terdapat istilah approximant dalam bahasa Inggeris. Saya tidak berjumpa istilah padanan bagi istilah tersebut. Dapatkah saya menterjemahkan istilah approximant menjadi aproksiman sebagai istilah lingustik padanan dalam bahasa Melayu? Harap dapat penjelasan tentang hal ini. | Istilah bahasa Melayu untuk "approximant" dalam bidang Linguistik ialah malaran tak bergeser atau aproksiman. | Istilah | 26.01.2013 |
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |