Kami bergotong-royong untuk __ kelas kami. Yang manakah paling tepat : menghiaskan/menghiasi/menperhias | Perkataan yang tepat ialah menghias. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
(A) aktiviti gotong-royong (B) aktiviti bergotong-royong Bolehkah kedua-dua diterima? Adakah kedua-duanya betul? | Ungkapan yang betul ialah 'Aktiviti gotong-royong', bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
semua penduduk kampung bergotong- royongmembersihkan surau. Dalam sebuah buku ,ayat ini dianggap salah.Boleh tuan/puan jelaskan.sekian, terima kasih. | Ayat yang lebih baik ialah "Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan surau" kerana kata semua membawa maksud semua yang terlibat, tidak ada yang terkecuali. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'semula' dalam ayat di bawah ini salah? Penduduk kampung bergotong-royong membina semula rumah Pak Mat yang dilanda ribut. Adakah selepas kata kerja transitif 'membina' mesti diikuti objek 'rumah'? Jika salah, sila berikan ayat yang betul dan alasan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah = Penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Pak Mat semula yang dilanda ribut. Perkataan "membina" ialah kata kerja aktif transitif, maka harus menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Dalam ayat ini objeknya ialah "rumah Pak Mat". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2008 |
Hello, 1. saya inginkan kepastian ungkapan yang betul bagi ungkapan yang berikut: (a) kedua ibu bapa (b) kedua-dua ibu bapa yang manakah gramatis? 2. penggunaan kata ganti diri 'ia' amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia. IA mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. betulkah 'ia' digunakan bagi menggantikan amalan bergotong royong dalam perenggan di atas? 3. segelintir (a) SEGELINTIR DARIPADA pelajar suka bermain bola (b) SEGELINTIR pelajar suka bermain bola. yang mana gramatis? adakah semua kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh 'daripada'? terima kasih | Jawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ibu bapa. 2. kata 'ia' bagi menggantikan amalan bergotong royong adalah tidak sesuai. Yang tepat ialah amalan ini mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. 3. Segelintir pelajar suka bermain bola. | Lain-lain | 27.10.2010 |
saya berikan soalan yang sebenarnya agar pihak tuan dapat memberikan penjelasan dengan mudah. Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. A Akan dibersihkan oleh kami B Kami akan membersih C Akan kami bersihkan D Kami akan bersihkan jawapan yang manakah yang lebih sesuai digantikan dengan frasa 'Kami akan bersihkan' dalam ayat di atas? atau, adakah frasa tersebut tidak mengandungi kesalahan? harap berikan jawapan secepat mungkin. terima kasih. | Ayat yang betul ialah " Kami akan membersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. Ayat pasifnya : Kawasan belukar di belakang dewan itu akan kami bersihkan secara gotong-royong. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
tuan, 1. perkataan 'ada' dan 'mempunyai' membawa erti yang sama. bolehkah tuan menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan memberikan contoh. 2. adakah perkataan 'bergotong-royong' bukan kata kerja? mengapa? 3. adakah perkataan 'berkelah' juga bukan kata kerja. Contohnya kami berkelah di tepi pantai. ada yang mengatakan bahawa ayat tersebut tidak mempunyai kata kerja. jika begitu bagaimanakah kita hendak memasukkan kata kerja ke dalam ayat tersebut. minta tuan betulkan ayat tersebut dengan memasukkan kata kerja ke dalam ayat ini. 4. saya membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. gambar itu menunjukkan satu pesta buku yang sesak dengan pengunjung. jika saya tulis 'kami berkunjung ke pesta buku'. adakah ayat ini membawa erti telah berkunjung dan bukan sedang berkunjung. ada orang yang mengatakan ayat ini tidak dapat diterima kerana ayat tersebut menunjukkan aktiviti yang telah berlaku dan bukan sedang berlaku seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. minta tuan jelaskan. jika salah apakah ayat yang betul. sekian terima kasih. | Saudara, Perkataan ada dan mempunyai sama maksudnya. Contoh, 'Saya ada seekor kucing' dan 'Saya mempunyai seekor kucing'. Dalam ayat 'saya berkelah di tepi pantai' kata 'berkelah' ialah kata kerja, manakala ayat ' Berkelah menjadi kegemaran saya' kata berkelah ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Ayat 'Kami berkunjung ke pesta buku' boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada sedang berkunjung atau telah berkunjung. Bagi makna yang lebih jelas untuk menunjukkan sama ada sedang berlaku atau telah berlaku maka perkataan 'sedang' dan 'telah' digunakan bagi mengelakkan kekeliruan. | Tatabahasa | 28.11.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlas | Bekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura. | Makna | 16.03.2008 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. | 1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidakĀ terganggu. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain. | Jawapan yang betul ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya, 1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji. 2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan. 4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum. 5. Mereka berjuang bermati-matian. Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402. | Tatabahasa | 22.03.2011 |