| Assalamualaikum. Yang manakah perkataan yang tepat? 1. Bergraduat atau Bergraduasi 2. Prajaya atau Pra Jaya | 1. 1. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat dan graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Perdana. 2. 2. Prajaya | Tatabahasa | 13.10.2021 |
| salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya. | Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong. | Lain-lain | 18.12.2013 |