Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ihsan @ ehsanIhsan - Beribadat kpd. Allah dan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah swt.Lain-lain12.06.2007
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat ;tersebut adalah betul, iaitu ;Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
Terima kasih atas jwpn tuan, Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan "tentang' dan 'mengenai'. Bgm nak beza? TQmengenai - kena pada (matlamat, sasaran) tentang - berhadapan dengan, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah.Tatabahasa18.12.2007
salam. saya seorang guru yang sedang berhadapan dengan masalah fahaman murid dalam penggunaan penanda wacana. keadaan ini timbul kerana pelajar saya telah disogokkan oleh pihak luar dengan beberapa maklumat yang mengelirukan. untuk itu saya ingin mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang penanda wacana serta bilangan penanda wacana yang telah dimaktubkan oleh pihak dbp.

Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila ;rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa31.07.2010
cara meningkatkan penggunaan bahasa di khalayak ramaiAntara caranya ialah banyakkan membaca bahan terbitan yang bermutu dari segi bahasanya contohnya produk terbitan DBP, agar apabila kita berhadapan dengan khalayak kita dapat mengungkapkan kata-kata dengan bahasa yang baik dan betul.Lain-lain30.07.2008
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri.Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210.Lain-lain27.11.2007
apakah maksud bagi `lepas daripada mulut buaya , masuk ke mulut harimau` apakah kesalahan bagi ayat berikut dari struktur ayat atou tatabahasa ~sali meminjam pinggan mangkuk yang baru dibelinya kepada kakaknya. ~nathan ialah pelajar tertinggi di kelas ituMakna peribahasa tersebut ialah seseorang yg terlepas dari sesuatu bahaya, akhirnya akan berhadapan dengan bahaya yg lain pula. Sepatutnya, Sali meminjamkan pinggan mangkuk yg baru dibelinya kepada kakaknya. ;Nathan merupakan pelajar tertinggi di kelas itu. Terima kasih. Makna25.09.2008
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang?

Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar di­;selesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang ;yang  menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. ;Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

Makna28.04.2011
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih.

Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah;

1. melaksanakan tanggungjawab

2. tidak berasa gerun

3. menguatkan diri

4. agak gugup.

 ;Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIHWalaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan ";di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Tatabahasa07.10.2010
12

Kembali ke atas