Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ham.bu.ran] | برهمبورن

Definisi : berterjunan, ber­lompatan ke bawah: segala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ham.bu.ran] | برهمبورن

Definisi : 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; bersele­rak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambur
Kata Terbitan : berhamburan, menghamburi, menghamburkan, terhambur, hamburan, penghamburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan bertaburan dan berhamburanDalam Kamus Dewan bertaburan sama maksudnya dengan berhamburan, iaitu berselerak di sana sini.Tatabahasa29.05.2013
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah.Tatabahasa08.10.2009
1)Apakah dimaksudkan dengan kopah dan terkopah- layah. 2)apakah maksud berceratuk dan sesuaikah digunakan: berceratuk kopiah di atas kepala? 3)bagaimanakah hendak menggunakan kata pemeri "ialah dan adalah" dengan betul? 4)saya betul2 keliru bagaimana hendak menggunakan kedua - dua kata pemeri tersebut.Bolehkah nanti penerangan terperinci beserta dengan contoh - contoh mudah diselitkan dalam penerangan tersebut. 5)saya amat berbesar hati, sekiranya pihak tuan menjawab pertanyaan saya ini dan pertanyaan terdahulu dengan kadar segera kerana saya amat memerlukan informasi penting ini , ia mempengaruhi kerja saya dan juga pengguna bahasa lain di luar sana. 6)sekian terima kasih......1. Kopah bermaksud berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll), walau bagaimanapun tidakada dalamsumber rujukan kami.  2. Berceratuk bermaksud duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak, ayat berceratuk kopiah di atas kepala - tidak sesuai, tidak mungkin kopiah diatur banyak-banyak di atas kepala. 3. Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja, contoh aayat; Anaka ialah anugerah Allah. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, contoh ayat; Matlamat unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas, Baju itu adalah baik. Tatabahasa02.09.2008

Kembali ke atas