1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul? | Ayat yang betul ialah: 1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit 2. Jam tangan itu berharga RM200.00 | Tatabahasa | 12.05.2011 |
mana satu jawapan yang betul A) Buku yang berharga RM3 telah saya beli. B) Buku yang berharga RM3 saaya telah beli. | Ayat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
mana satu jawapan yang betul a) Buku yang berharga RM3 telah saya beli b) Buku yang berharga RM3 saya telah bel | Ayat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Buku yang berharga RM3 saya telah beli. kenapa ayat ini salah. tolong berikan alasan untuk memudahkan saya memberikan penerangan kepada murid saya. sekian. | Buku yang berharga RM3 saya telah beli salah kerana kata bantu atau kata nafi tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh lain: i. Buku itu telah saya baca (betul) - Buku itu saya telah baca (salah) ii. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini (betul) - Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini (salah) iii. Buku itu tidak saya baca (betul) - Buku itu saya tidak baca. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. | Tatabahasa | 03.07.2010 |
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Barang-barang yang dijual di kedai itu berharga( tinggi / mahal) | Kedua-dua perkataan, iaitu tinggi dan mahal adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 19.04.2011 |
maksud majalah picisan | Picisan bermakna tidak berharga atau rendah mutunya. Oleh itu, majalah picisan bermaksud majalah yang rendah mutunya dari segi isi ( kepentingan) dan bahan yang dimuatkan. | Makna | 11.06.2008 |
Saya ada beberapa persoalan: 1. Jualan maklumat kad kredit berharga di antara RM1 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 2. Dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 3. Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini. (Apakah penggunaan di itu betul). Sekian terima kasih | Untuk ayat 1 dan 2 penggunaan kata sendi nama 'antara' betul kerana kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Manakala untuk ayat 3 kata sendi nama 'pada' yang betul, iaitu menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 11.03.2012 |