Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan? | Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
Aiman melintas jalan dengan berhati-hati. Aiman melintas dengan berhati-hati. Yang manakah satu betul? | Ayat yang gramatis ialah Aiman melintas jalan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 27.07.2012 |
Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana jalan raya menjadi licin. Saya ingin tanya,dalam ayat di atas, adakah kata 'berhati-hati' berfungsi sebagai kata adjektif ? Terima kasih. | Perkataan "berhati-hati" ialah kata adjektif. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Adakah 'nilai berhati-hati' betul dalam bahasa Melayu? | Berhati-hati ialah sikap atau cara kita menangani sesuatu perkara. Nilai ialah sifat ketinggian dalam masyarakat seperti nilai murni. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul? | Ayat 1. | Tatabahasa | 20.04.2013 |
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar. | Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.04.2012 |
Ayat yang manakah lebih sesuai? 1. Rumput-rumput panjang itu ditebas dengan berhati-hati oleh Encik Rosli. 2. Rumput-rumput panjang itu ditebas oleh Encik Rosli dengan berhati-hati. | Ayat 2. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Sila nasihat manakah ayat-ayat berikut adalah yang betul dan sebabnya. 1. Ani melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2.Ani melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Adakah struktur ayat yang berikut betul? 1. Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur. 2. Abu sedang memotong daging di dapur dengan berhati–hati. | Ayat yang gramatis, Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur.
| Tatabahasa | 17.08.2015 |
Ayat songsangan yang manakah betul? 1. a. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. b. Apabila lagu Negaraku dinyanyikan, semua murid berdiri. 2. a. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial b. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial, pengguna harulah berhati-hati. | Jawapan yang betul ialah 1. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. 2. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial. | Tatabahasa | 31.10.2017 |