Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.wa] | برهاوا

Definisi : 1. mempunyai hawa (iklim), ber­iklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mem­punyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.wa] | برهاوا

Definisi : mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hawa (kata nama)
Bersinonim dengan iklim, cuaca, udara, suhu;,
Kata Terbitan : berhawa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan ayat pendingin hawa. Saya bertugas di Jabatan Pelesenan MPBP, kebanyakan jenis perniagaan yang didaftarkan adalah "berhawa dingin". Sebagai contoh " kedai kek dan roti (berhawa dingin) , kedai makan (berhawa dingin) Soalan saya, adakah ayat pendingin hawa juga terpakai pada jenis perniagaan juga? Sekiranya ya, saya perlu mengubah perkataan ini di dalam sistem yang terpakai di MPBP. Terima kasihDalam keterangan perniagaan, sama ada sesebuah kedai itu mempunyai penyaman udara atau tidak, tidak perlu dinyatakan kerana perkataan tersebut tidak merujuk jenis peniagaan yang dijalankan, sebaliknya hanya kemudahan yang disediakan pihak kedai. Lain-lain13.10.2024
JAWATAN KOSONG PACKERS / PEMBUNGKUS (Lelaki / Perempuan) Sepenuh Masa/ Separuh Masa Menawarkan gaji yang lumayan Tempat bekerja yang berhawa dingin Pekerja Perempuan di alu- alukan Minimum SPM Sila datang dan membawa bersama sijil-sijil yang berkaitan ke : Jadi Imaging Technologies Sdn Bhd Lot 719, Jalan Kapar/ KU 6, Kawasan Industri Klang Utama, 41200, Klang, Selangor. Tel : 03-32905134/ 32905148/ 78040333Sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi)sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan.

Saudara Hatifi,

Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman.

Istilah16.05.2010
Saya maklum perubahan perkataan penghawa dingin kepada istilah baharu iaitu penyaman udara atau pendingin hawa. Soalan saya bagaimana pula dengan "air-conditioned room"? Bilik berudara nyaman atau bilik berhawa dingin? Terima kasihMenurut data kami, padanan yang sesuai ialah Bilik Berpenyaman Udara.Lain-lain17.01.2018

Kembali ke atas