Yang manakah ayat berikut lebih tepat ? Saya tidak pasti guna meleleh atau mengalir lebih sesuai bagi air liur. (1) Air liur saya mengalir tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. (2) Air liur saya meleleh tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. | Perkataan yang sesuai ialah meleleh. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar | a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Para penonton tidak henti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
maksud "Berleter" dalam kontek yang tepat. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 31.07.2008 |
perkataan : terus menerus adakah ada - atau tidak. Terus-menerus atau terus menerus | Perkataan "terus-menerus" ada dalam bahasa Melayu yang bermaksud tidak berhenti-henti atau tidak putus-putus. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.08.2009 |
Salam sejahtera. Pohon semak tatabahasa bagi dua soalan di bawah: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan belaku jika hujan lebat tidak berhenti-henti? Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Cadangan ayat yang betul adalah seperti berikut: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan berlaku jika hujan lebat turun tidak berhenti? | Tatabahasa | 12.12.2017 |
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?' | Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
| Tatabahasa | 06.10.2018 |