Saudara Zulkifli,
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam.
Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson;
Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.
Thanks for clicking. That felt good.