Soalan ini berhubung dengan penggunaan kata ganti tersebut dalam konteks penterjemahan bahasa Melayu kini. Terima kasih. Soalan ini berhubung dengan penggunaan kata ganti nama diri tersebut dalam konteks penterjemahan Al Quran ke dalam bahasa Melayu . Terima kasih. | Dalam laras agama lazimnya kata ganti nama yang digunakan ialah aku, engkau, kami dan kamu atau kamu semua. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat yang persis, sila rujuk terjemahan al-Quran dan lihat bentuk kata ganti nama yang digunakan di dalamnya. | Tatabahasa | 10.06.2013 |
Surat Kiriman Rasmi Berhubung dengan perkara di atas, saya, Lai Lee Chin, murid Tahun Enam Kenanga ingin memohon kepada pihak sekolah untuk tinggal di Asrama Puteri. Soalan: 1. Berhubung perkara di atas/ Berhubung dengan perkara di atas? 2. Selepas perkataan saya, perlu bubuh tanda koma? Kata Pemeri Soalan: Tugas doktor ialah/ adalah merawat pesakit. Terima kasih. Cikgu Tan dari Melaka. | 1. Berhubung dengan perkara di atas. 2. Perlu tanda koma. 3. Tugas doktor merawat pesakit. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung. | 1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja. 2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
Siapa-siapa yang hendakkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah. Adakah penggunaan Perkataan "hendakkan" salah? Jika salah, apakah cadangan jawapan yang lebih tepat? | Ayat yang betul ialah "Sesiapa yang hendak mendapatkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah." | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Adakah DBP menawarkan kursus bahasa melayu atau kelas terjermahan? Saya inging tahu tentang kelas-kelas yang ditawarkan. terima kasih. | Bagi endapatkan maklumat berkenaan kursus bahasa Melayu, sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia DBP. Manakala bagi kursus terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210. | Lain-lain | 01.08.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, Selangor | Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 10.07.2009 |
Saya ingin kan kepastian berhubung dengan penggunaan ejaan baru atau baharu kerana sekarang ini terdapat banyak iklan mengunakan ejaan 'baharu'. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada saya sebagai penguna bahasa melayu yang dahulunya di eja sebagai baru. | Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 24.12.2010 |
Semua kakitangan syarikat itu tidak dibenarkan membuat apa-apa ___ berhubung dengan kejadian itu. 'kenyataan' atau 'pernyataan', yang manakah paling sesuai bagi ayat ini? | Perkataan yang tepat ialah pernyataan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
bagaimana saya mahu menghantar karya berupa cerpen dan puisi ke Dewan Siswa? | Sila berhubung dengan Ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.12.2009 |
Bagaimanakah cara sekiranya saya ingin membuat terjemahan teks | Untuk membuat terjemahan teks, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), nombor telefon 03 - 41497210. | Lain-lain | 27.06.2008 |