Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.bu.ngan] | برهوبوڠن

Definisi : saling berhubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada  sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan.

Istilah25.11.2009
Saya Mawaddah Masae, sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. Ingin bertanya : Buku tengtang puisi melayu yang berhubungan dengan Selatan Thai.Terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan cawangan DBP atau Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP.Lain-lain24.10.2013
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih.Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya.

Subgolongan kata depan seperti yang berikut,

a. kata depan tempat
b. kata depan arah
c. kata depan waktu
d. kata depan perhinggaan
e. kata depan penyertaan
f. kata depan alat
g. kata depan gaya
h. kata depan manfaat
I. kata depan agentif
j. kata depan ligature dan pengantar judul
k. kata depan kiasan
l. kata depan penafian
m. kata depan pengecualian

Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa12.11.2013
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani, Thailand,ingin Bertanya DBP;apakah Buku yang terdapat di DBP yang Berhubungan dengan Wilayah Satun Thailand.Terima Kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Wilayah Satun, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
Saya patma belajar bahasa melayu ingin bertanya isi puisi yang berhubagan dengan patani SelatanThai. terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan dan Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP.Lain-lain24.10.2013
Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. munsyi, apakahkesalahan ayat ini? TKKami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. 
Perundangan
1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam

Undangan
1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan.

Kami telah menerima undangan ke majlis pertunangan anaknya.


Tatabahasa21.09.2012
Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat?

Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. 

 

Tatabahasa27.08.2011
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koherenKohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.Makna26.12.2009
12

Kembali ke atas