1) apakah syarat-syarat perbahasan? 2) apakah kemahiran yg perlu ada pada seorang pembahas? 3) maksud berhujah dan membidas? 4) ciri-ciri hujah yang baik. | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM). Mohon bercakap dengan Puan Maziena di talian 03 - 61964319.Terima kasih. | Makna | 20.10.2008 |
Pihak DBP Saya ada soalan dan kemusykilan.. Netizen indonesia skrg giat mnuduh Malaysia Menyalin@ mencuri 62 000 kosa kata bahasa indonesia.. Tuduhan ini mmg Sgt mnyakitkan.. Sy pd mulanya Cuba utk mempertahankan maruah bahasa melayu malaysia dgn berhujah dgn netizen seberang tpi mreka punya fakta Dan akhirnya sy juga hanya mampu diam.. Sy juga tak sgka bnyak perkataan indonesia dlm kamus melayu dbp sehingga seperti mengiyakan tuduhan Malaysia mencuri kosa kata bahasa indonesia.. Tambah memburukkan keadaan bila ramai rakyat kita juga terikut ikut menulis dalam bahasa indonesia.. Di sekolah juga murid2 sekolah l lancar berbahasa indonesia.. Hal ini harus dibimbangkan kerana bahasa adalah salah satu lambang kedaulatan negara.. Apakah lngkah2 yg boleh Di lakukan utk mngatasi isu dan masalah2 ini? Sekian terima kasih | Untuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pegawai Bahagian Perkamusan akan menghubungi tuan melalui e-mel atau panggilan telefon untuk memberikan penerangan lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2024 |
SEKARANG TERSEBAR EJAAN MALAYSIA DI TERBALIKAN MENJADI ISLAM DALAM EJAAN JAWI MIM,LAM ALIF,SIN, YA ,ALIF= MALAYSIA DAN ALIF YA,SIN, LAM ALIF DAN MIM SOALAN SAYA ADAKAH BENAR EJAAN MALAYSIA DALAM JAWI BEGITU.. BILA SAYA BERHUJAH , EJAAN TU SALAH..MEREKA SURUH RUJUK DBP saya harap pihak dpb boleh bagi pencerahan | Sila lihat ejaan di bawah: ٳسلام - مالسٳ مليسيا – ايسيلم Adakah sama? | Ejaan | 26.08.2019 |
Apakah tiga perkataan utama bahasa Melayu sebelum adanya bahasa Melayu sekarang? | Saudara perlu membuat kajian lanjut untuk membuktikan bahawa dakwaan saudara (ada tiga kata asal) itu benar. Mungkin persoalan itu sekadar suatu teka-teki yang tidak berhujah. Sila buat rujukan melalui buku-buku mengenai asal-usul bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakan yang berdekatan dengan saudara. | Lain-lain | 19.05.2009 |
Apakah tiga perkataan asal Bahasa Melayu sebelum wujudnya bahasa Melayu yang ada sekarang ini? | Saudara perlu membuat kajian lanjut untuk membuktikan bahawa dakwaan saudara (ada tiga kata asal) itu benar. Mungkin persoalan itu sekadar suatu teka-teki yang tidak berhujah. Sila buat rujukan melalui buku-buku mengenai asal-usul bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakan yang berdekatan dengan saudara. | Lain-lain | 19.05.2009 |
Assalamualaikum, Adakah menjadi kesalahan dari segi tatabahasa sekiranya dalam menulis tajuk kajian, pengkaji memulakan dengan kata kerja? Contoh tajuk: 1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga melalui kaedah SaSiSu 2. Meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid prasekolah melalui aktiviti perbualan pagi. Soalan ini dikemukakan kerana ada ahli bahasa menyatakan tajuk mesti bermula dengan kata nama untuk memenuhi konsep ayat tetapi saya berhujah bahawa tajuk kajian bukannya ayat tetapi frasa kerana: i. tiada subjek dan predikat ii. tidak didahului dan diakhiri dengan kesenyapan. iii. Intonasi ujarannya tidak sempurna. Tolong kemukakan justifikasi: 1. Adakah tajuk kajian berupa ayat atau frasa? 2. Adakah tajuk kajian mesti dimulai dengan kata nama? 3. Adakah tajuk kajian tidak boleh dimulai dengan kata kerja? Terima kasih. | Penulisan kertas kerja sama seperti menulis tajuk buku. Walaupun binaan tajuk bukanlah dalam satu ayat yang lengkap, lazimnya penulisan tajuk ini menggunakan kata nama. Berdasarkan semakan kami dalam data Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ditemukan juga tajuk buku/kertas kerja/artikel bermula dengan kata kerja. Walau bagaimanapun terbitan DBP tekal mengguakan kata nama sebagai tajuk karya, kecuali karya kreatif. | Tatabahasa | 09.11.2015 |
Salam sejahtera. 1) a) Zali bermain dengan gembira. b) Zali bermain dengan gembiranya. 2) a) Murid-murid beratur dengan berdisiplin. b) Murid-murid beratur dengan berdisiplinnya. 3) a) Dia melintas jalan dengan berhati-hati. b) Dia melintas jalan dengan berhati-hatinya. Ayat yang manakah betul? | Semua ayat tersebut betul. Bentuk kata -nya berfungsi sebagai pembenda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, Contohnya, “Dia berhujah dengan lantangnya.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 296. | Tatabahasa | 23.10.2024 |
Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang. | Tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu. | Tatabahasa | 23.12.2016 |
Tuan, adakah ayat "Dia pernah kenal gadis itukah?" harus dibetulkan kepada "Pernah mengenal gadis itukah dia?" ? Betulkah predikat "pernah mengenal gadis itukah" perlu didepankan kerana adanya kata penegas -kah pada kata "itu"? Atau sebahagian daripada predikat sahaja yang perlu didepankan? Jika sebahagian predikat, bahagian predikat manakah yang wajar didepankan? Bolehkah bahagian "gadis itukah" sahaja yang didepankan, membentuk ayat: Gadis itukah dia pernah mengenal? Bolehkah ayat ini "Gadis itukah dia pernah mengenal" diterima, dengan pendepanan objek "gadis itukah" dan frasa kerja transitif "pernah mengenal" tiada dijudulkan? Boleh tak macam ini? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 21, terbitan Syarikat Pelangi.) | Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.
| Tokoh | 20.03.2015 |
(Ini utusan kedua saya setelah saya membetulkan WordPad soal Orang Diamanahkan atau Orang Diamanahi itu) Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang. | Untuk makluman tuan, tidak ada maklumat tentang penggunaan perkataan mengamanahkan untuk orang seperti yang tuan harapkan; dan tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu. | Makna | 23.12.2016 |