Rayson menggigil kesejukan kerana( berhujan/kehujanan) semasa berjalan pulang dari sekolah. Soalan:Adakah kedua-duanya betul? Soalan:Bolehkah kita guna “tertarik akan “ Terima kasih | 1. Rayson menggigil kesejukan kerana kehujanan semasa berjalan pulang dari sekolah. 2. Frasa "tertarik akan" boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.03.2018 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Pemuda itu (membuka) tunang dengan gadis yang cantik itu. (b) Majlis hari jadi saya (dibukakan) secara sederhana tetapi meriah. (c) Wang itu ialah wang yang (benar) kerana diperoleh dengan hasil usahanya. (d) Air dalam sungai itu semakin (haus) kerana sudah beberapa minggu tidak berhujan. (e) Kereta itu berjalan dengan (elok) kerana enjinnya masih baharu. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar seperti permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui ayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.
| Lain-lain | 08.12.2015 |
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima Kasih | Untuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | | Makna | 21.06.2014 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |