Salam Sila bantu saya: cara menulis tajuk kata majmuk . Contoh: Program Hala tuju, adakah 't' berhuruf kecil atau Tuju berhuruf besar? Terima kasih. | Perkataan "Hala Tuju" - T ditulis dengan huruf besar dalam ayat tajuk. | Ejaan | 27.11.2020 |
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar? | Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?) | 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |
Bolehkah "daku" digunakan selepas perkataan yang hujungnya bukan berhuruf n? Seperti contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "tiba-tiba sedar daku drpd tidurku", adakah betul penggunaannya? | “Daku” merupakan kata ganti nama diri pertama yang digunakan apabila bercakap dengan Tuhan atau seseorang yang sangat rapat, biasanya digunakan sesudah kata yang diakhiri huruf konsonan “n”. “Daku” ialah akronim bagi “diri aku”. Walau bagaimanapun, ayat “Tiba-tiba tersedar daku daripada tidurku.” betul dan boleh digunakan berdasarkan laras bahasa Sastera. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 496. | Lain-lain | 04.09.2024 |
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja. | Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Assalamualaikum, Saya nak bertanya tentang kaedah penulisan nama pertubuhan yang didaftarkan. Contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, adakah cara penulisannya dalam mana-mana bentuk tulisan menggunakan seluruh huruf besar untuk merujuk singkatan nama parti itu? Atau memadai seperti tulisan nama pertubuhan biasa yang lain dengan hanya menulis huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja sebagai kata nama khas? | Waalaikumsalam, Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, maka cara penulisan singkatan nama parti perlu menggunakan huruf besar, iaitu IKATAN. Walau bagaimanapun untuk penulisan nama pertubuhan boleh menggunakan huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja. | Lain-lain | 19.06.2019 |
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Selamat sejahtera, Mengapakah malaikat dieja dengan huruf kecil jika disusuli nama? Berbeza dengan penggunaan perkataan "nabi" yang berhuruf besar jika disusuli nama. Cth: Nabi Musa, Nabi Muhammad, Nabi Isa. Manakala malaikat dieja malaikat Jibril, malaikat Mikail (bukannya Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail)? Terima kasih. | Perkataan "malaikat" ialah kata nama am, sebab itu awalan perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil manakala nama malaikat seperti Mikail dan Jibril ditulis dengan awalan huruf besar kerana perkataan tersebut ialah kata nama khas. | Ejaan | 05.10.2020 |
Untuk kata ganda yang menjadi tajuk/judul (iaitu huruf pertama huruf besar), adakah huruf pertama pada perkataan kedua juga perlu berhuruf besar? Contoh: ● Undang-Undang atau Undang-undang? ● Berhati-Hati atau Berhati-hati? | Jawapan yang betul ialah "Undang-undang" dan "Berhati-hati"
| Ejaan | 06.04.2022 |