| PERKATAAN: BERI Salah satu makna perkataan beri ialah kenyal, menganjal. Soalan saya bagaimana menggunakan perkataan ini dalam sebuah ayat? Adakah ayat berikut betul menggunakan BERI: Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang beri dan menjamin keselesaan. | Kami tidak menemukan contoh ayat yang menggunakan perkataan "beri" bagi maksud menganjal. Dengan merujuk silang Kamus Dewan Perdana (kamus terkini), perkataan beri dengan maksud menganjal tidak lagi dirakamkan dalam entri. Oleh itu, dalam konteks contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah "Saya membeli tilam ini meskipun mahal kerana sifatnya yang menganjal dan menjamin keselesaan". | Istilah | 30.06.2026 |
| Kata perintah manakah yang betul untuk digunakan untuk ayat ini; ______ beri laluan. Makanan ini panas. Tolong beri laluan atau harap beri laluan. | Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Jawapan yang betul ialah harap beli laluan. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
| beri penjelasan penulisa yang betul contoh Kor Kesihatan Diraja atau Kor Kesihatan DiRaja dan yang mana betul mengikut dewan bahasa. | Ejaan yang betul ialah Kor Kesihatan Diraja. | Ejaan | 12.05.2011 |
| beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
| beri maksud perkataan -KENDATIPUN- terima kasih | Kendatipun bermaksud walaupun, meskipun,biarpun. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 740. | Makna | 24.01.2008 |
| Manakah ayat yang betul: 'Sila beri perhatian.' atau 'Tolong beri perhatian.'? | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakanan. | Lain-lain | 22.11.2018 |
| Antara 4 ayat ini, yg manakah tepat? 1. Berikan dia air. 2. Beri dia air. 3. Beri air kepada dia. 4. Berikan air kepada dia. Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah berikan air kepada dia, berikan dia air. | Tatabahasa | 01.09.2021 |
| Yang mana satukah yang betul bagi penggunaan "lagi". 1. Ayah beri lagi 3 buah buku. 2. Ayah beri 3 buah buku lagi. | Ayat yang betul ialah "Ayah beri 3 buah buku lagi". | Tatabahasa | 14.09.2022 |
| penggunaan tanda baca: a)"Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah. b)"Diam! Tolong beri perhatian semasa saya mengajar," kata Puan Azizah. mana yang betul? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
| (18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik". | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 08.10.2021 |