Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beri biru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini ibu *Ini ibu Ana. *Ibu beri Ana baju baru. *Ana ada tiga baju. *Satu baju di sini. *Dua baju di situ. *Ana suka baju biru. *Itu bapa. *Itu bapa Liza. *Bapa beri Liza buku baru. *Liza ada lima buku. *Dua di sini. *Tiga di situ. *Liza suka baca buku.Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Tatabahasa27.12.2016
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016

Kembali ke atas