“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Lain-lain | 03.02.2022 |
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). | Tatabahasa | 03.02.2022 |
Ihsan @ ehsan | Ihsan - Beribadat kpd. Allah dan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah swt. | Lain-lain | 12.06.2007 |
Penggunaan suku kata khu- untuk perkataan khusyuk. Bolehkah penggunaan khusyuk di gunakan selain untuk perbuatan beribadat. Misalnya dalam petikan dibawah: Pasukan Kadet hendak mencari khazanah khas di hutan. Mereka meneliti peta dengan khusyuk sekali. Terima kasih | Khusyuk bermaksud penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu) dan konteks makna khusyuk tidak khusus kepada perbuatan ibadat sahaja. | Tatabahasa | 29.08.2016 |
Ehsan atau Ihsan perkataan yang sebenar, Terima kasih | Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ishan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; | Makna | 01.06.2009 |
Saya ingin mengetahui apakah ejaan sebenar Ehsan. Jika ejaannya ialah - Ehsan, adakah kesalahan jika kita menggunakn Ihsan dan mengapa? terima kasih. | Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; | Makna | 28.10.2010 |
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat? | Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya. Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. | Makna | 31.03.2023 |
Assalamualaikum. (1) Apakah maksud "sedekap"? (2) Manakah ejaan yang betul: "qiam" atau "qiyam"? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. Sumber: http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=149&Itemid=161 | Untuk makluman saudara, perkataan qiyam/qiam dan sedekap tiada dalam data PRPRM. Dalam data kami, hanya terdapat perkataan qiamullail yang bermaksud berjaga pada waktu malam untuk beribadat seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa. | Ejaan | 21.04.2013 |
Assalamualaikum wrt. wbt., Kebiasaannya pihak kami menggunakan perkataan "Ehsan daripada ...." tetapi hari ini saya dapati ia tiada dalam senarai tesaurus DBP. Adakah hanya perkataan "Ihsan" yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan kerana perkataan "Ehsan" juga banyak digunakan oleh agensi-agensi lain dan media. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan; | Ejaan | 23.05.2011 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih. | Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail. | Tatabahasa | 08.08.2020 |