Minta menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan di bawa ini. Jawapan ribuan atau beribu-ribu betul jawapannya? Stadium itu dibanjiri oleh _________ penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. A. ribuan B. beribu C. beribu-ribu D. beribu-beribu Sekian, terima kasih. Vijay | Saudara, Kedua-dua perkataan ribuan dan beribu-ribu boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2010 |
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ? | 1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan beribu dan beribu-ribu. 3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
Encik, "beribu penduduk" atau "beribu-ribu penduduk" yang betul? Terima kasih. | beribu-ribu penduduk | Lain-lain | 29.03.2009 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
'beribu-ribu orang rakyat' dengan 'beribu-ribu rakyat' antara dua tersebut yang manakah yang betul? | Frasa yang baku ialah beribu-ribu rakyat. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi. Adakah penggunaan ayat di atas betul atau salah? | Ayat yang betul ialah “Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi” dan “Beribu-ribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi”. | Tatabahasa | 21.07.2024 |
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan. | JAWAPAN 1 Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton. JAWAPAN 2 “Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali. Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan. Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis. JAWAPAN 3 Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264. | Tatabahasa | 05.03.2024 |
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium. | Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Beribu kotak biskut disumbangkan kepada mangsa banjir kawasan itu. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat itu?? | Frasa yang betul ialah Beribu-ribu. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Ribuan orang penonton atau ribuan penonton? Terima kasih | Frasa yang tepat ialah ribuan penonton. Jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton. | Tatabahasa | 05.08.2014 |